Visi Dan Misi

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara rasmi dengan kerajaan Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah seperti berikut:

- Menyatukan ULAMA Dalam harakah Islamiyah dan mengembelingkan tenaga untuk menegakkan syari’ah Islam dan mempertahankan kebenaran dan kemurnian ajarannya. 

- Meninggikan kedudukan dan taraf ‘ULAMA’ di dalam masyarakat. 

- Bergerak sebagai sebuah wadah yang menghimpunkan dengan seadanya tenaga-tenaga ulama pewaris Nabi dengan mengukuhkan, mendisiplin, menjana dan menyusun gerak kerja aktiviti yang lebih efektif dari semasa ke semasa.

-Berfungsi dengan sedia adanya untuk melahirkan kader-kader dakwah, penyampai mesej Islam dengan memperteguhkan pendirian dan istiqamah kesungguhan di atas manhaj Islam yang berpanjangan.

- Menyalur dan menyediakan medium interaksi interaktif yang efektif serta aktif terhadap isu-isu umat yang bersifat massa dan setempat dengan melihat keadaan dan kelangsungan pendirian di atas istiqamah dan iltizam bagi menegakkan Islam dalam semua struktur kehidupan manusia muslim.

- Bergerak dengan wadah ulama pewaris Nabi untuk menyusun semula system yang telah dan sedang menemui keruntuhan dengan pelbagai kapasiti yang ada dengan seadanya. 

- Menyusun-galurkan mesej Islam dalam pelbagai dimensi dan metodologI ke arah mengekalkan Islam sebagai Ad-deen.