Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
ditubuhkan adalah hasil resolusi dalam Kongres
Ekonomi Islam yang dihadiri oleh tokoh imuwan dan intelek Islam pada 22 Safar
1392 bersamaan 8 April 1972 bertempat di
Dewan Al-Malik Faisal MPI (kini Pusat Matrikulasi UIA) Petaling Jaya, Selangor
Darul Ehsan.
Antara yang terlibat di awal
penubuhannya adalah Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Allahyarham Haji
Nik Muhd Muhyiddin Haji Musa, Dr. Mohd Zin Othman dan Dato’ Haji. Mohd Nakhaie Haji
Ahmad.
Semenjak penubuhannya, PUM
terus bergiat aktif menyampaikan mesej dakwah melalui pelbagai medium dan
rangkaian dakwah bagi membantu memastikan keamanan dan kesejahteraan bumi
Malaysia dan ummah sejagat.
PUM Wilayah Persekutuan
sebagai sebuah Cawangan di bawah PUM Pusat akan terus berusaha membantu membawa
misi dan visi PUM secara berhikmah dan profesional melalui pelbagai program yang dirancang dan
dilaksanakan.





